Monday, 1 July 2013

Filled Under:

5 Lelaki Aneh di Dunia

 Pernah melihat teman (lelaki) yang melakukan hal unik sehingga digelar "orang yang aneh"? Atau mungkin kamu sendiri pernah digelar demikian. Rasanya, seaneh apa pun kelakuan kita masih kalah aneh dengan lelaki-lelaki di bawah ini.

1. Thai Ngoc, tidak tidur 30 tahun lebih





Lelaki Vietnam ini tak boleh tidur sejak menderita demam pada tahun 1973. Menurut media Vietnam, Thanh Nien, dia mendakwa tak pernah tidur selama 33 tahun.


 Selama itu, Thai Ngoc atau Hai Ngoc yang dilahirkan tahun 1942 ini menggunakan 'masa lapang' di malam hari untuk menguruskan ladang pertaniannya atau ronda (rela) menjaga kanpungnya dari pencuri. Ngoc mempunyai tanah pertanian seluas 5 hektar yang terletak di wilayah kaki gunung di Que Trung, daerah Que Son, Thailand. Sehari-hari Ngoc sibuk bertani dan menguruskan haiwan-haiwan ternaknya, seperti ayam dan babi.

Anehnya, kesihatan Ngoc tidak terpengaruh dengan kebiasaan tidak boleh tidur tersebut. Si iseri pernah membawa Ngoc untuk memeriksakan kesihatannya dan doktor menyatakan, secara keseluruhan keadaan Ngoc sihat. Kecuali, ada sedikit masalah pada fungsi hatinya, namun tidak serius.


"Saya tidak tahu apakah insomnia yang saya alami mempengaruhi kesihatan saya atau tidak. Tapi saya merasa tetap sihat dan boleh bertani seperti yang lainnya," ucap Ngoc. Lelaki itu bahkan mengaku setiap harinya masih mampu membawa 50 kg karung guni berisikan hasil pertanian berjalan turun gunung sejauh 4 km.2. Michel Lotito, lelaki pemakan segala


 

 

Michel Lotito yang lahir pada 15 Jun 1950 adalah seorang entertainer. Di Perancis, dia dikenali sebagai Monsieur Mangetout (Mister Eat-it-all)atau pun 'Lelaki Pemakan Segala'. Dalam ertinya, Lotito gemar memakan benda-benda yang secara normal tak boleh dicerna tubuh manusia, seperti logam, kaca, getah. Bahkan juga benda-benda lain seperti basikal, televisyen, hingga pesawat Cessna 150.

Benda-benda tersebut terlebih dahulu dibongkar dan dipotong-potong menjadi bahagian yang lebih kecil, baru kemudian dimakannya. Lotito diketahui pernah memakan badan pesawat selama 2 tahun, dari 1978-1980. Kebiasaan makan benda-benda tak lazim ini dilakukan Lotito sejak kecil dan mula dipamerkan kepada orang ramai pada tahun 1966 dahulu.


Walaupun kerap memakan benda-benda aneh, keadaan tubuh dan kesihatan Lotito seolah tak terjejas. Dia sama sekali tidak mengalami sakit walaupun telah memakan benda-benda yang mengandungi racun.


Ketika memakan berkilo-kilo logam atau benda aneh lain, Lotito dibantu dengan minyak  atau air dalam jumlah banyak untuk membantu penghadaman. Menurut pemeriksaan perubatan, Lotito dinyatakan mempunyai perut dan usus dengan ketebalan dua kali ganda daripada saiz biasa.


 Selain itu, asam pencernaan yang ada di dalam lambungnya dianggarkan mempunyai kekuatan luar biasa sehingga mampu mencerna benda-benda logam yang dia makan. Luar biasa!

3. Shoichi Yokoi, 28 tahun sembunyi di gua usai PD II



 

Yokoi seorang tentera yang tergabung dalam wajib militer di Tentera Kerajaan Jepun pada tahun 1941 dahulu dan tak lama kemudian dihantar ke Guam.

 Pada tahun 1944, ketika pasukan Amerika Syarikat menduduki Guam, Yokoi memilih bersembunyi.

Hingga akhirnya pada 24 Januari 1972, Yokoi dijumpai di sebuah daerah terpencil di Guam oleh dua warga pulau tersebut. Selama 28 tahun, lelaki itu hidup bersembunyi di dalam gua bawah tanah di tengah hutan.


Yokoi terlalu takut untuk keluar, walaupun selepas dia menemui risalah yang isinya menyebutkan bahawa Perang Dunia II telah berakhir. Yokoi akhirnya dipulangkan ke Jepun sambil membawa senapangnya yang telah berkarat.


4. Sanju Bhagat, 'mengandung' saudara kembarnya di dalam perut

 
Lelaki asal India ini mempunyai keadaan perut yang tidak masuk akal, yakni membengkak seperti sedang hamil 9 bulan. Bhagat yang tinggal di Nagpur, India ini sering merasa sesak nafas kerana keadaannya itu.

Sampai akhirnya pada suatu malam di bulan Jun 1999, Bhagat menjalani pembedahan di hospital. Isi perut Bhagat yang awalnya diduga tumor , ternyata merupakan sesuatu yang tak diduga sama sekali.


Saat dioperasi, doktor mendapati beberapa bahagian tubuh manusia di bahagian dalam perut Bhagat. Bahagian-bahagian tubuh tersebut ternyata milik saudara kembar Bhagat yang terjebak di dalam perutnya sejak lahir.


Doktor menyatakan, Bhagat mengalami keadaan perubatan teraneh di dunia, yakni janin di dalam janin lain. Sangat jarang berlaku bahawa sebuah janin boleh terjebak di dalam janin kembarnya sendiri. Menariknya, janin yang terjebak ini mampu bertahan hidup sebagai parasit dan menyerap darah dan makanan dari tubuh Bhagat, hingga dia bertambah besar dan mula menyakiti tubuh Bhagat.


Sayang, tidak diketahui apakah 'saudara kembar' Bhagat berjaya lahir atau akhirnya mati.

5. Mehran Karimi Nasseri, hidup di lapangan terbang sejak 1988



 

Lelaki yang juga dikenali sebagai Sir, Alfred Mehran ini merupakan seorang pelarian berasal dari Iran yang tinggal di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Perancis sejak Ogos 8 Ogos 1988. 

 Mehran tinggal di ruang tunggu berlepas di Terminal Satu lapangan terbang antarabangsa di Paris itu selama bertahun-tahun kerana tak mempunyai dokumen.

Kisah Mehran ini bermula ketika dia dipenjara dan dianiaya di Iran, kemudian dibuang keluar negeri. Mehran lalu berusaha mendapatkan kewarganegaraan ke sejumlah negara di Eropah, tapi usahanya tidak membuahkan hasil.


Apabila cuba pergi ke
Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Mehran mendakwa bahawa dirinya dirompak dan begnya dicuri orang saat akan berangkat menuju Lapangan Terbang Charles de Gaulle untuk terbang ke Inggeris.

 Dia pun berjaya naik ke pesawat dan terbang ke Inggeris. Tapi kerana Mehran yang tidak membawa dokumen-dokumen yang diperlukan saat tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London, ia diterbangkan kembali ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle.

Kepada pihak berkuasa Perancis, Mehran tak boleh menunjukkan identiti mahupun dokumen-dokumen yang membuktikan dirinya sebagai seorang pelarian. Dia pun dipindahkan ke zon tunggu, sebuah tempat 'penahanan' bagi pelancong tanpa dokumen.Kisah Mehran ini konon menjadi inspirasi bagi filem 'The Terminal' keluaran tahun 2004, yang dibintangi oleh pelakon Hollywood, Tom Hanks.


 Namun tidak seperti karakter yang dilakonkan Hanks dalam filem tersebut yang tinggal di kawasan transit lapangan terbang, Mehran justru tinggal di kawasan berlepas, juga di dekat butik-butik dan restoran yang berada di tingkat bawah.

Selama tinggal di lapangan terbang, Mehran terlihat jarang berkomunikasi dengan orang lain. Dengan membawa-bawa kereta dorong dan begnya, Mehran kelihatan seperti pelancong biasa, tanpa ada yang menyedari bahawa dia sebenarnya adalah gelandangan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers