Mumia sinonim dengan Mesir, tetapi ternyata anda juga boleh melihatnya di Jepun. Kalau biasanya mumia dipelihara dengan diawetkan, tidak dengan yang ada di sana. Melihat dan mendengar ceritanya dijamin membuat anda meremang bulu roma.
Mumia milik Negeri Matahari Terbit ini biasa disebut dengan nama Sokushinbutsu. Jika diertikan, Sokushinbutsu bererti 'living Buddha'.
Yang menarik, mumia ini tidak dipelihara dengan pengawet. Mereka punya cara sendiri yang berbeza dan boleh membuat meremang bulu roma.
Sebelum menjadi mumia, orang-orang ini adalah seorang sami. Sepanjang hidupnya, mereka selalu melakukan pertapaan. Para sami ini dilatih hanya bergantung pada air, kekacang dan meditasi sepanjang hari. Automatik, gaya hidup seperti ini membuat dirinya kehilangan berat badan.
Setelah dirasa telah siap untuk bertapa menuju Sokushinbutsu, mereka dikebumikan di dalam kotak kayu untuk meditasi. Pertapaan ini pun berakhir pada kematian.
Dikutip dari laman web rasmi pelancongan Jepun, setelah 1,000 hari sejak dikubur, keranda para sami ini akan digali oleh muridnya. Jika penampilan mereka tetap sama dan tidak ada perubahan, maka sami ini akan diberi status Sokushinbutsu.
Kedengaran amat mengerikan. Tapi ada alasan lain mengapa para sami ini rela berbuat demikian. Salah satunya adalah untuk mengatasi kebuluran.
Saat itu di Jepun sedang terkena wabak kebuluran. Untuk membantu orang dari kemiskinan dan kelaparan, mereka pun berkorban dengan melakukan hal demikian.
Amalan Sokushinbutsu yang telah ada sejak abad 11 hingga 19 ini telah dilarang oleh undang-undang. Alasannya kerana kegiatan ini sama saja dengan amalan bunuh diri.
Sampai saat ini, mumia tersebut masih dianggap oleh beberapa penduduk tempatan sebagai dewa atau tuhan.
Jika ingin melihatnya, pelancong boleh datang ke Wilayah Yamagata di utara Jepun. Ada kira-kira 6 mumia yang tersimpan di kuil tersebut.
Salah satu yang paling terkenal adalah Ryusui-ji di Kuil Dainichibou di Bandar Tsuruoka. Ini adalah mumia sami Daijuku Bosatsu Shinnyokai-Shonin (1687-1783). Selepas 70 tahun hidup sebagai pertapa, ia menjadi Sokushinbutsu pada usia 96.
Mumia lain juga boleh dilihat di Kuil Nangaku-ji juga di Tsuruoka. Yang ketiga di Kuil Zoukou-in di Bandar Shirataka, dan yang keempat di Kuil Kaikou-ji di Bandar Sakata.
.
Saturday 27 July 2013
Filled Under:
Dunia Misteri
Pelik ! Sami di Jepun Bertapa Sampai Mati Ingin Jadi Tuhan
Posted By:
zamri spoon
on 22:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
x ingin fae nak tgk real. creepyyyy huhu.
ReplyDelete