Tuesday, 2 July 2013

Pelik ! Selama 13 Tahun Wanita Ini Makan Mie Segera


Seorang remaja perempuan ketagihan makan  mie segera selama 13 tahun , demikian dilaporkan sebuah artikel New York Daily News.
Remaja yang bernama Georgi Readman (18) itu berasal dari Isle of Wight, England. Dia menolak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dan hanya mahu makan mie segera - yang mengandungi lemak tinggi, lemak tepu, dan natrium. Sebungkus mi segera biasanya mengandungi 400 kalori dan 20 gram lemak.
Readman, yang berketinggian badan 160 cm dan berat 44 kg, mengatakan kepada Daily News bahawa dia mula ketagihan mi segera sejak berumur 5 tahun. Hingga kini, ibunya masih membelikannya sedozen mie segera. Readman menganggarkan, dia telah memakan mi sepanjang 48 kilometer. Dia berkata, dia tidak suka makan makanan lain.
"Saya benci tekstur buah dan sayur," katanya. "Saya tidak boleh makan di rumah teman, atau makan di restoran, kerana saya akan kesal bila makanan saya terkena salad. Ibu saya selalu membelikan mie segera sebanyak mungkin. Saya boleh makan dua bungkus sekaligus.  Bahkan saya pernah makan mi segera yang masih mentah dan tidak dimasak! "
Sejak umur setahun, anak-anak biasanya akan mula pilih-pilih makanan  ini kerana proses semulajadi di dalam tubuh. Alat perasa di lidah mereka juga berubah, sehingga mereka jadi selektif dalam memilih makanan. Apalagi, ketika masih kecil, anak-anak biasanya sedang masa aktif sehingga susah diminta duduk untuk makan yang lengkap.




Ramai ibu bapa akhirnya "menyerah" dan mengikuti kemahuan anak. Tak hairan, menurut satu hasil penyelidikan di "American Journal of Clinical Nutrition", 78 peratus kebiasaan memilih makanan disebabkan faktor genetik. Hanya 22 peratus yang disebabkan faktor persekitaran.
Kami tidak boleh menghubungi Readman untuk mendapatkan jawapannya. Tetapi menurut doktor, Readman kini kurang pemakanan yang sihat dan mempunyai kesihatan seperti orang berumur 80 tahun.


 
"Penilaian itu terdengar tepat," kata Lisa Kaufman, seorang pakar kanak-kanak yang tidak merawat Readman. "Makan mie segera  akan merosakkan organ tubuhnya. Tubuh manusia - terutama yang sedang membesar memerlukan protein, mineral, dan vitamin. Tanpa itu semua, gadis ini mungkin mengalami masalah pertumbuhan, masalah kecerdasan, osteoporosis, kerosakan jantung dan buah pinggang, serta tekanan darah tinggi. Umurnya mungkin  tidak panjang. "
Kaufman menambah, "Anak kecil tentu saja mahunya makan ais krim setiap hari bila dibolehkan tetapi adalah tanggung jawab ibu bapa untuk mengenalkannya kepada pelbagai makanan lain."
"Agar boleh berhenti ketagihan mie segera, Readman mungkin perlu dirawat di hospital dan diberi kaunseling tentang pengetahuan soal pemakanan," kata Kaufman.sumber



No comments:

Post a Comment