gambar hiasan |
Penonton, ahli keluarga Santos masuk padang belasah da Silva
SAO PAULO: Seorang pengadil maut dibelasah dan dipenggal oleh penonton apabila dia menikam mati seorang pemain kerana enggan keluar padang selepas diberi kad merah.
Pengadil itu, Octavio da Silva, 20, menikam Josenir dos Santos, 30, dalam perlawanan yang berlangsung 30 Jun lalu, kata jurucakap polis, Kena Souza.
Dos Santos tidak bersetuju dengan keputusan da Silva bahawa dia melakukan kesalahan.
Selepas bertikam lidah, da Silva menunjukkan kad merah terhadap dos Santos yang kemudian enggan keluar padang.
Da Silva dilihat mengeluarkan pisau dan menikam dos Santos beberapa kali yang maut dalam perjalanan ke hospital.
Penonton termasuk kawan dan ahli keluarga dos Santos kemudian masuk ke padang dan membelasah da Silva sebelum memenggal kepalanya yang diletak pada satu pancang.
Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan pada 2 Julai lalu berhubung kejadian itu yang masih disiasat, kata Souza.
Polis dilaporkan mencari dua lelaki lagi dikenali sebagai ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo’, lapor beberapa blog Brazil.
Bercanggah undang -undang
Ketua Polis Santa Ines, Valter Costa, mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Saksi memberi laporan mengenai orang yang berada di tempat kejadian. Kami akan kenal pasti mereka yang perlu bertanggungjawab atas kejadian itu.
“Jenayah tidak boleh jadi alasan untuk membalas dendam jenayah lain. Tindakan ini bercanggah dengan undang-undang.”
Brazil menghadapi tekanan supaya membuktikan ia adalah selamat untuk kedatangan pelancong di 12 kota tuan rumah Piala Dunia 2014 selain kejohanan Olimpik di Rio de Janeiro pada 2016. - REUTERS
No comments:
Post a Comment