Monday, 8 July 2013

Setem Purba di Zaman Dinasti Qing Bernilai RM2.8 Juta Dilelong

SETEM ini dikatakan hanya dicetak sebanyak 32 keping sahaja pada zaman dinasti Qing. Ia akan dilelong di Hong Kong pada hari ini (Isnin)

HONG KONG - Sekeping setem yang jarang ditemui di China akan dijual pada harga HK$6.9 juta (RM2.8 juta) oleh firma lelongan Interasia Auctions.

Firma Interasia Auction dalam satu kenyataan media berkata, setem itu dikatakan telah dicetak sebanyak 32 keping sahaja pada zaman dinasti Qing.

Setem Red Revenue Small One Dollar 1897 itu merupakan antara setem yang jarang diterbitkan di China.

Setem berwarna merah terang itu dilihat sebagai simbol nasib baik dan bertuah dalam budaya masyarakat China.

Ia jarang ditemui kerana terdapat beberapa ciri pada setem itu seperti logo perkhidmatan pos Dinasti Qing bentuk satu dolar yang disifatkan terlalu kecil dan melambangkan ciri-ciri mesin percetakan versi kedua.

Jelas Interasia Auction lagi, setem tersebut merupakan sebahagian besar barangan yang akan dilelong sepanjang tiga hari membabitkan setem China, Hong Kong dan Asia yang akan berakhir hari ini. 

Jumlah keseluruhan lelongan dianggarkan bernilai HK$71.9 juta (RM29.55 juta).sumber:kosmo

No comments:

Post a Comment