Friday, 5 July 2013
Filled Under:
Dunia Unik
Unik ! Pintu Gerbang Menuju Ke Syurga Berada di China
Posted By:
zamri spoon
on 09:00
Tidak menghairankan jika Gunung Tianmen di China disebut heaven gate atau gerbang ke syurga. Gunung ini mempunyai ketinggian 131 meter dan kedalaman 60 meter. Kerana ketinggiannya beserta lubang besar yang ada di gunung ini, Tianmen lebih menyerupai gerbang ke langit, yang dikaitkan dengan syurga.
Tianmen terletak di bandar Zhangjiaje, tujuh kilometer dari pusat bandar. Biasanya, para pelancong memilih untuk mendaki gunung tersebut, sementara para pelancong menggunakan teksi atau kereta untuk melaluinya. Pengunjung yang datang ke sana juga boleh menggunakan kemudahan kereta kabel dengan panjang 7.455 meter untuk mencapai ke puncak.
Gunung ini mempunyai gua yang dipercayai terbentuk pada 263 Masehi. Gunung Tianmen juga mempunyai kuil berusia 500 tahun yang disebut kuil Tianmenshan. Kuil yang terletak di atas gunung ini biasanya digunakan untuk bersembahyang oleh masyarakat di China.
Heaven Gate Mountain mempunyai 80 peratus tumbuh-tumbuhan yang menyelimutinya. Di sana tumbuh 556 spesies tumbuhan dan 433 spesies kayu. Pohon berusia 2,000 tahun juga menjadi penambah keindahan gerbang ke syurga di Tianmen. Tidak hanya itu, di sekitar gerbang ke syurga Tianmen juga tumbuh 462 spesies tumbuhan perubatan. Kira-kira 300 spesies fauna termasuk 200 spesies haiwan dan 100 spesies burung juga tinggal di gunung Tianmen.sumber
Inilah bentuk gerbang syurga yang ada di Gunung Tianmen, China. Tempat ini merupakan lokasi pelancongan yang harus dikunjungi sekali seumur hidup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sungguh2 indah
ReplyDelete