Friday, 16 August 2013

Filled Under:

Ngeri ! Hukuman Mati Jadi Tontonan Orang Awam di China (video)



Beijing: Foto mengerikan pada detik-detik terakhir seorang lelaki yang dihukum mati di depan khalayak ramai di China tersebar dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Lelaki tidak dikenali itu dilihat memakai pelekat dibawa keluar dari belakang van polis dengan disaksikan sekumpulan besar orang ramai, termasuk kanak-kanak dari atas bukit.


Lelaki itu kemudian dibawa ke tengah kawasan lapang di tengah belukar dan pistol diacukan di belakang kepalanya sebelum dia ditembak mati anggota polis.


Menurut laporan Shangaiist.com, video itu dimuat naik di Sina dan ditonton lebih 2.3 juta kali sejak Isnin lalu. Video itu dirakam oleh seorang daripada kumpulan orang ramai yang berdiri melihat hukuman bunuh itu dari atas bukit.


Ia bermula dengan paparan sekumpulan kenderaan polis tiba di sepanjang laluan berlumpur di bawah bukit. Sebilangan besar anggota polis kemudian muncul dari kenderaan itu.


Lelaki itu kemudian dibawa keluar dari van dan diiringi ke kawasan belukar yang sudah ditebas.

Anggota polis kemudian memusingkan muka lelaki itu kepada orang awam seolah-olah untuk menunjukkan wajahnya.


Lelaki terbabit diarahkan melutut sebelum ditembak di belakang kepalanya.

Klip video itu tidak memaparkan sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit atau apakah tuduhan jenayah yang dihadapinya.


Dipercayai video itu dirakam pada November tahun lalu.


Walaupun China tidak pernah mendedahkan berapa ramai rakyatnya yang dihukum mati setiap tahum, Amnesty Internatinal mendakwa angka mungkin mencecah ribuan.


Malah, hukuman terhadap pesalah dalam kes berprofil tinggi juga sering dijalankan secara rahsia tanpa dimaklumkan kepada keluarga pesalah terlebih dulu. - Agensi


                                            jom saksikan video menarik ini:





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers