Friday 30 August 2013

Filled Under:

Pelik ! Wanita Dilarang Masuk Tempat Ibadat di Jepun



G
unung Omine di Jepun juga tercatat sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia dari UNESCO. Peraturan yang berlaku di gunung suci di kawasan Nara ini  tidak boleh ada wanita yang berkunjung ke kawasan gunung. Larangan berkunjung bagi wanita di Gunung Omine telah berlaku selama lebih dari 1300 tahun. Konon, wanita dengan segala daya tariknya, boleh mengganggu para jemaah agama yang hendak mengunjungi kuil Buddha di ketinggian 1.709 meter.

Gunung Omine adalah sebuah gunung suci di Nara, Jepun. Gunung ini nama rasminya adalah Gunung Sanjo, namun kerana berada di pergunungan Omine makanya disebut Gunung Omine.


Di puncak gunung ini terdapat sebuah kuil Ominesanji, pusat agama Budha Shugendo di Jepun. Seluruh bahagian gunung ini adalah tempat suci untuk diziarahi dan latihan sami kuil tersebut.


Namun anehnya, wanita tidak dibenarkan masuk sama sekali. Tidak hanya pada wanita, orang yang keluarganya baru meninggal pun dilarang masuk ke kawasan gunung ini.


Selama 1,300 tahun, hanya lelaki yang dibenarkan masuk dan melihat Kuil Budha yang terkenal di ketinggian 5.640 kakinya ini. Alasannya sama dengan tempat pelancongan lain yang melarang perempuan masuk, yakni kehadiran mereka dianggap dapat mengganggu kesungguhan jemaah yang melawat gunung ini.










1 comments:

Nuffnang Ads

Followers