Tuesday 22 October 2013

Filled Under:

Menarik ! Hotel Unik Reka Bentuk Menyerupai Lembu



Jika anda sedang merancang untuk cuti atau berehat dari kehidupan rutin sehari-hari anda dan anda berminat untuk menikmati dunia dongeng, mungkin tidak ada tempat yang lebih baik untuk menikmatinya di sebuah hotel unik di Belgium. La Balade des Gnomes, sebuah hotel unik berhampiran bandar indah Dubuy, Belgium. Hotel unik ini mempunyai sepuluh bilik tidur dan satu bilik tidur suite yang direka menyerupai bentuk lembu .


  
Hotel La Balade des Gnomes yang sebelumnya merupakan sebuah rumah pertanian di Belgium  telah berubah menjadi resort pelancongan ajaib yang direka oleh pemiliknya sendiri iaitu Dominic Noel. Terinspirasi oleh dunia fantasi, sejarah Yunani kuno, fiksyen sains dan istana abad pertengahan, Noel berjaya mencipta sebuah hotel yang luar biasa, yang sepenuhnya diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti kayu, batu, dan cob (Lumpur yang dicampur dengan kapur dan jerami).




Hotel La Balade des Gnomes yang sebelumnya merupakan sebuah rumah pertanian Belgium biasa ini telah berubah menjadi resort pelancongan ajaib yang direka oleh pemiliknya sendiri iaitu Dominic Noel. Terinspirasi oleh dunia fantasi, sejarah Yunani kuno, fiksyen sains dan istana abad pertengahan, Noel berjaya mencipta sebuah hotel yang luar biasa, yang sepenuhnya diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti kayu, batu, dan cob (Lumpur yang dicampur dengan kapur dan jerami).




Menurut Noel hotel ini telah dicipta oleh orang yang mempunyai kepentingan kuat terhadap alam. Namun siapapun itu bagi orang-orang yang mempunyai imaginasi yang kuat pasti akan menghargai reka bentuk dan hiasan hotel yang tidak bersifat duniawi ini. Nama-nama bilik hotel ini mencerminkan hal-hal yang anda harapkan untuk dilihat ketika memasuki bilik-bilik hotel. The Legend of Troll nampaknya terinspirasi langsung dari filem Lord of The Ring. Bilik Moon Neighborhood akan membawa anda pada reka bentuk masa depan, iaitu dimana manusia boleh menghabiskan masa cutinya di Hotel yang terletak di Bulan. Sedangkan Macquarie Island mempunyai hiasan laut lengkap dengan tempat tidur berbentuk perahu.





La Balade Des Gnomes adalah pilihan hotel yang indah dan tepat bagi anda pencinta cerita dongeng. Harga bermula dari € 120 euro per malam, dan € 220 jika anda bercadang untuk tinggal di Trojan Horse Suite.

..




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers