Wednesday, 23 October 2013
Filled Under:
Dunia Unik
Menarik ! Kanada Hôtel de Glace 100% Bahan Binaan Dari Ais
Posted By:
zamri spoon
on 10:00
Kanada Hôtel de Glace, hotel unik yang dibuat daripada ais, kembali lagi di musim ini untuk memperingati pembinaan semula 13 tahunan. Hotel unik yang menyerupai istana ini dibina setiap tahun dengan tema reka bentuk baru dari ribuan tan ais dan salji.
Tahun lalu, gaya seni bina hotel ini menunjukkan ukiran-ukiran rumit yang diilhamkan oleh alam, tetapi untuk tahun ini, gaya seni bina lebih difokuskan pada tema "Perjalanan ke Pusat Musim Sejuk".
Tema ini terinspirasi dari karya Jules Verne, Perjalanan ke Pusat Bumi. Hotel ini terletak betul-betul di luar bandar Quebec, Kanada. Hotel glacial telah membuktikan sebagai lokasi yang mampu menarik perhatian banyak orang yang ingin menghabiskan cutinya atau bahkan ingin berkahwin di sana.
Kerana semakin ramainya pengunjung yang datang, hotel telah memperluaskan bilangan bilik dan suite sebanyak 44 daripada 36 sebelumnya.
Dinding dicipta artistik untuk menemani pengunjung melihat-lihat suasana didalam hotel. Sepanjang dinding juga dihiasi hiasan dan perabot yang diukir cantik. Bar ais telah menjadi kegemaran pengunjung hotel. Dan pengunjung yang membawa keluarga tak usah risau akan kemudahan. Kanada Hôtel de Glace menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dinikmati keluarga. Kanada Hôtel de Glace akan dibuka pada umum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment