Pernahkah anda melihat tanaman yang unik seperti tanaman cendawan yang satu ini .
Orang yang tidak tahu mungkin awalnya bakal menganggap sebagai hantu saat melihatnya . Cendawan tertentu , yang tentu saja hidup di tempat - tempat yang lembab , dapat tumbuh dan menyala dalam kegelapan .
Beberapa jenis cendawan yang tumbuh di hutan tropika Taman Pelancongan Nasional Lembah Ribeira , berhampiran Sao Pulo , Brazil mengeluarkankan cahaya saat sekitarnya gelap . Cendawan - cendawan tersebut mempunyai kemampuan bioluminescent kerana reaksi kimia di tubuhnya menghasilkan cahaya berwarna hijau .
Cendawan - cendawan yang ditemui di Brazil itu termasuk dalam genus Mycena . Di seluruh dunia terdapat kira-kira 500 jenis cendawan yang masuk ke dalam spesis ini , tapi hanya 33 peratus yang mempunyai kemampuan bioluminescent .
Ada lebih dari 10 jenis cendawan bioluminescent yang baru ditemui di Brazil sejak 2002 , empat di antaranya merupakan spesies cendawan yang belum diketahui sebelumnya . Penemuan ini merupakan hasil kajian yang dilakukan Cassius Stevani , profesor kimia daripada Universiti Sao Paulo , Dennis Desjardin , profesor ilmu cendawan dari Universiti Negeri San Francisco California , dan Marina Capelari dari Institut Botani Brazil .
" Penemuan ini telah menambah jumlah cendawan bercahaya , yang diketahui sejak 1970 - an , menjadi 30 peratus lebih banyak , " ujar Stevani .
Anda boleh tertarik dengan cendawan - cendawan yang boleh menyala dalam gelap tersebut kerana cendawan - cendawan tersebut memang indah dan luar biasa .
0 comments:
Post a Comment