Wednesday 1 January 2014

Filled Under:

Wanita Ini Berlari Sejauh 500 KM Tanpa Tidur Selama 86 Jam.

 Seorang wanita di Australia baru - baru ini memecahkan rekod dunia dalam lari jarak jauh . Kim Allen berjaya berlari sejauh 500 kilometer selama 86 jam tanpa tidur  .

Kim memasuki lumba lari yang dianjurkan oleh sebuah badan amal bernama New Zealand Spinal Trust . Ibu empat orang anak ini mula  pada 19 Disember pukul 6 pagi waktu tempatan di Auckland .

Hebatnya lagi , wanita berusia 47 tahun ini walaupun tidak tidur selama 4 hari demi terus berlari . Awalnya ia terus berlari namun di pusingan terakhir kepantasannya semakin perlahan dan akhirnya memutuskan untuk berjalan . " Ini semua terasa seperti tidak nyata bagiku , " kata Kim sesaat setelah tamat .

Kim akhirnya menamatkan larian dengan kaki yang melecet dan pergelangan kaki bengkak . Tidak hairan , ia sangat gembira dan tak percaya bahawa boleh menyelesaikan misi ini . Kehebatan Kim ini juga mengundang perhatian  orang  ramai yang terus menyokongnya agar cepat menyelesaikan 500 km .

" Kami tidak mahu memberinya alasan untuk berhenti , " ungkap Michael Rodlife , salah satu penyokong Kim . " Sesaat sesudah tamat kita akan merayakannya hampir selama dua jam . "

Sebelumnya rekod pelari terpanjang diraih oleh rakyat Amerika , Pam Reed , pada 2005 yang berlari sejauh 486 kilometer . Tahun lalu Kim pernah cuba mengalahkan Rekod Reed namun gagal , ia hanya boleh berlari sepanjang 370 kilometer sahaja .








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers