Setelah hilang selama setengah abad , basikal kuno milik seorang nenek berjaya ditemui . Yang menariknya , basikal ini ditemui dalam keadaan tertanam di disebuah pokok besar .
Basikal itu milik anak lelaki Helen Puz ( 99 ) . Baru - baru ini Helen mendapatkan maklumat bahawa basikal anaknya itu telah ditemui di sebuah hutan di Vashon Island Washington .
Ketika diperiksa ke lokasi yang mana dijumpai, Helen bersama anak lelakinya bernama Don terperanjat . Basikal itu dalam kedudukan tertanam didalam batang pokok bersaiz besar . Misterinya , tidak ada tanda - tanda kesengajaan tangan manusia memasukkan basikal tersebut .
Roda depan basikal itu berada di bahagian luar badan pokok , begitu juga dengan bahagian hujung roda belakang . Namun bahagian besi yang ada di tengah basikal , ' ditelan ' pokok itu dalam keadaan sedemikian rupa . Basikal itu berada setinggi lima kaki
Basikal itu diberi oleh salah seorang jiran Helen pada tahun 1954 , tidak lama setelah dia menjanda . Hadiah itu diberikan untuk Don yang saat itu berusia lapan tahun .
" Orang - orang menaruh simpati dan sangat baik hati , " kata Helen mengenai pemberian basikal kuno itu 58 tahun silam .
Namun kerana basikal itu memang basikal dengan rangka besi untuk perempuan , Don menolak untuk memakainya . Tidak beberapa lama basikal itu hilang itu entah ke mana .
Monday, 21 April 2014
Filled Under:
Dunia Misteri
Misteri Kehilangan Basikal Seorang Nenek Dijumpai Tertanam Dalam Batang Pokok .
Posted By:
zamri spoon
on 10:30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment