Penyelidik dari Agroscope , Grangeneuve , Switzerland , membuat lubang sebesar 20 cm di salah satu sisi perut lembu . Mereka menggunakan lubang tersebut untuk memasukkan kanula . Dengan menggunakan kanula , maka lubang pada perut lembu itu terus dibiarkan terbuka sehingga mirip " lubang intip " . Dengan begitu mereka akan mengetahui dengan jelas apa yang dimakan dan proses pencernaan lembu . Selama proses penyelidikan , lembu - lembu tersebut hanya diberi makan gandum dan rumput .
Sebahagian dari makanan yang telah dicerna oleh lembu akan diambil untuk diteliti melalui lubang itu . Setelah diteliti , hasilnya digunakan untuk membantu penternak memberikan makanan yang lebih seimbang untuk lembu . Para penyelidik mendakwa , proses ini untuk meningkatkan tenaga kecekapan pada lembu .
Perkara tersebut kerana dapat membantu alam sekitar iaitu menurunkan jumlah metana yang dihasilkan haiwan . Selama pemasangan dan proses kajian melalui kanula , lembu - lembu itu dibius . Dengan demikian lembu - lembu tidak merasakan sakit ketika sedang diperiksa . Namun amalan yang sudah dilakukan sejak tahun 1833 itu banyak kritikan . Organisasi Perlindungan Haiwan menganggap bahawa amalan tersebut adalah penyiksaan kerana lubang itu selalu terbuka .
0 comments:
Post a Comment