Tuesday, 22 July 2014
Filled Under:
Dunia Alam
Keindahan Fenomena PELANGI API Yang Jarang Berlaku.
Posted By:
zamri spoon
on 08:30
"Pelangi Api" adalah sebuah fenomena langit yang jarang berlaku. Dinamakan pelangi api kerana bentuknya serupa dengan api namun warna-warni yang menarik seperti pelangi. Mirip pelangi namun bukan pelangi.
Secara teknikal, fenomena optik yang indah ini disebut circumhorizontal arc - es halo yang terbentuk oleh kristal ais yang berbentuk piring di awan cirrus. Halo ini begitu besar sehingga muncul fenomena optik yang unik semacam ini.
Circumhorizontal arc yang berwarna cerah ini terjadi terutama semasa musim panas dan pada garis lintang tertentu. Ketika matahari berada sangat tinggi di langit, cahaya matahari yang masuk menjadi rata, sehingga segi enam berbentuk kristal ais akan dipecah menjadi masing-masing warna seperti dalam sebuah prisma.
Apabila pelangi terbentuk oleh titisan air yang berada di atmosfera, maka pelangi api terbentuk oleh kristal ais yang berada di atmosfera. Kristal ais tersebut harus berbentuk heksagon, berada di level ketinggian awan cirrus, dan disinari oleh matahari dengan sudut cerun 58 darjah atau lebih. Jika ketiga syarat tersebut tidak dipenuhi, maka pelangi api tidak akan terjadi. Ini lah sebab mengapa pelangi api disebut fenomena langit yang jarang berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment