¾ bahagian dari planet bumi tempat kita hidup diselubungi oleh perairan laut yang sangat luas, di sana terdapat pelbagai spesies yang belum dikenali. Bahkan di dalam laut juga terdapat bahagian-bahagian yang paling misteri di dunia.
Awal tahun lalu, jurugambar dan penyelam laut Yoji Ookata mencari sesuatu yang belum pernah ia lihat dalam 50 tahun kerjayanya dalam mendokumentasikan keindahan dunia bawah laut di lautan Jepun. Dia mendapati struktur bulat yang indah di atas pasir, struktur misteri yang serupa dengan crop circles itu berada kira-kira 80 meter di bawah permukaan laut.
Reka bentuk dibuat begitu tepat. Pola melingkar yang dari pasir ini diameter 6 meter, hal itu membuat Ookata sangat terkejut dengan penemuannya. Dia lantas mengajak kru TV NHK untuk mendokumentasikan reka bentuk misteri rumit tersebut.
Ternyata di luar dugaan, mereka mendapati bahawa ikan puffer / buntal kecil bertanggungjawab untuk reka bentuk unik itu.
Pekerjaan ikan buntal tanpa letih, siang dan malam dikhaskan untuk mencipta karya seni bawah air untuk menarik ikan betina untuk bertelur di pusat lingkaran yang dilindungi dengan lingkaran berbentuk corp circles.
Monday, 21 July 2014
Filled Under:
Dunia Pelik
Misteri Lambang Crop Circles di Bawah Laut Jepun Ternyata Direka Ikan Buntal .
Posted By:
zamri spoon
on 10:30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment