Sunday 23 November 2014

Filled Under:

Menakjubkan! Lamar Kekasih Dengan 99 Buah iPhone 6

 Hari Singles Day di China dirayakan setiap tanggal 11 November. Di hari cuti tersebut, seorang lelaki berasal dari china itu cuba mengakhiri masa bujangnya dengan melamar seorang gadis.

Seperti disiarkan oleh Phone Arena , pemuda yang diketahui bekerja sebagai programmer itu melamar wanita pujaannya dengan menyerahkan 99 buah iPhone 6 sebagai ganti cincin pertunangan.

Dia menyusun 99 buah iPhone terbaru tersebut membentuk hati di sebuah tempat letak kereta sebelum akhirnya, ia mengajak wanita pujaanya itu ke tengah 'hati' itu untuk mendedahkan cintanya.

Namun malang tidak boleh ditolak, wanita itu menolak pinangan dari lelaki tersebut, meinggalkannya patah hati di tengah orang ramai dan rakan-rakannya. Padahal untuk membeli 99 buah iPhone 6 itu, ia harus membelanjakan 2 tahun gajinya sebagai seorang programmer.

Selepas cintanya ditolak, belum jelas apa akan terjadi pada 99 buah iPhone 6 tersebut. Tetapi, lelaki malang tersebut masih boleh menjualnya untuk sedikit mengurangkan patah hatinya.

Belum jelas apa yang menjadi sebab mengapa wanita itu menolak.







1 comments:

Nuffnang Ads

Followers