Tuesday, 23 December 2014

Filled Under:

Ngeri! Kanak-kanak Ini Pergi Sekolah Menaiki Pengangkutan Paling Ekstrem di Dunia.


Sebuah alat pengangkutan seharusnya membuat selesa yang menaikinya, baik pengangkutan kecil seperti teksi, keretapi, atau bas. Namun jika alat pengangkutan membuatjantung anda berdebar-debar, tentu akan berfikir dua kali menaikinya.

Tetapi bagi masyarakat sebuah perkampungan Yushan, Hefeng di China, harus rela menaiki satu-satunya alat pengangkutan yang cukup ekstrem, dan boleh saja meragut nyawa mereka yang menaikinya setiap saat digunakan.

Alat pengangkutan berupa tempat seperti bakul dan digantung di kabel tersebut, menghubungkan kampung yang berasingan oleh gaung di antara dua gunung. Alat pengangkutan ini membekalkan keperluan barang hingga mengangkut manusia, yang ingin bekerja atau kanak-kanak yang bersekolah.

Memang ada jalan lain, namun mereka harus berjalan hingga puluhan kilometer dan merempuhi waktu  yang sangat lama. Penduduk yang telah mendiami perkampungan selama beratus-ratus tahun, enggan berpindah kerana tanah yang subur, dan keperluan mereka dipenuhi.

Namun kerana arus pemodenan, kanak-kanak memerlukan pendidikan, hingga ada penduduk kampung yang memerlukan pekerjaan lain selain di ladang. Jarak perjalanan yang tadinya memerlukan masa hingga berjam-jam, kini hanya ditempuh dalam beberapa minit sahaja.












2 comments:

Nuffnang Ads

Followers