Tuesday 23 December 2014

Filled Under:

Pelik! Bible Paling Terkecil Sekali di Dunia.


Syarikat Bible Nano Jerusalem telah membuat bible terkecil yang pernah ada di dunia. Bible tersebut berukuran 4,76 mm di setiap sisinya dan boleh diletakkan di atas kuku jari tangan orang dewasa. Walaupun terkecil bible nano tersebut mengandungi 27 kitab Perjanjian Baru.

Seperti disiarkan Dailymail, 9 Disember 2014, setiap huruf pada bible ini mempunyai lebar sebanyak 0,18 mikron (18 sepersejuta meter) dan hanya boleh dibaca dengan menggunakan mikroskop. Teks di dalamnya menggunakan versi Yunani dari Perjanjian Baru, Textus Receptus, atau teks yang diterima dalam bahasa latin.

Setiap cip terbuat dari bahan wafer silicon berukuran sangat kecil iaitu sebanyak 4,76 mm. Wafer silicon selebar 8 inci boleh dibuat menjadi lebih daripada 1,000 bible. Walau kecilnya benda ini boleh dikenakan di ruang kalung atau bahkan ditanam di dalam jam tangan yang dikenakan sehari-hari.

Syarikat Bible Nano Jerusalem kini sedang menunggu pengesahan dari Guinness World Records untuk meraih gelaran bible terkecil di dunia. Mengalahkan pemilik rekod sebelumnya iaitu seorang sarjana India yang mempunyai bible bersaiz 2.8 x 3.4 x 1 cm.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers