Sunday 21 December 2014

Filled Under:

Pelik! Rambut Mayat Kanak-kanak Ini Masih Terus Tumbuh.


Seorang yang telah meninggal dunia akan mengalami pemberhentian pertumbuhan secara jasmani. Orang yang sudah meninggal akan berasingan antara roh dan jiwanya. Rohnya menurut agama akan terbang ke alam yang berbeza. Akan tetapi jasadnya akan tetap berada di muka bumi dan akan mengalami kerosakan hingga suatu masa akan dibangkitkan kembali d hari kiamat nanti.

Tapi aneh untuk satu mayat ini, mayat ini menunjukan tanda tanda bahawa mayat ini seperti hidup yakni mayat ini tetap mengalami pertumbuhan pada rambut dan juga kuku. Aneh , mayat ini berasal dari Thailand. Mayat ini merupakan bayi malang dari salah satu keluarga petani di negara thailand. Mayat ini meninggal dunia pada usia 3 tahun dan dikebumikan di tanah perkuburan  di negara Thailand.



Apabila tiga hari selepas mayat ini dikebumikan. Ibu dari anak ini bermimpi, menyuruhnya agar memindahkan jasadnya dari tanah perkuburan tersebut. Kerana para penghuni kubur tidak suka dengan kehadiran kanak tersebut. Semalaman ibu tersebut tidak boleh tidur dan selalu terbayang bayang dengan mimpinya itu. Keesokan harinya, ibu tersebut memutuskan untuk pergi ke tanah perkuburan tersebut. Ibu tersebut menyuruh penggali kubur untuk menggali kubur anaknya itu lagi.

Peristiwa ganjilpun terjadi pada mayat kanak-kanak tersebut. Kanak tersebut mempunyai rambut yang lebat, sebelum ini diketahui ketika bayi tersebut meninggal dia tidak mempunyai rambut. Tapi kenapa setelah meninggal mempunyai rambut, selain itu mayat bayi tersebut juga mengalami pertumbuhan pada kuku.

Setelah berfikir cukup panjang ibu tersebut kemudian membawa mayat tersebut pulang untuk dijaga. Ibu tersebut percaya bahawa anak satu satunya ini belum meninggal. Yang menarik dari mayat ini adalah rambut yang terus berkembang dari masa ke masa.

Ibu tersebut menolak mayat anaknya ini dibawa ke makmal untuk dilakukan kajian lebih lanjut. Sehingga pakar belum berani membuat kesimpulan punca kejadian ini. Sampai sekarang ini mayat tersebut masih dirawat oleh ibunya  di rumah dan sampai sekarang pula ibu tersebut kadang masih mencukur rambut anaknya yang masih tumbuh.





1 comments:

Nuffnang Ads

Followers