Sunday, 18 January 2015

Filled Under:

Mumia Janin Berumur 29 Minggu Berusia 100 Tahun Ditemui di Itali.


Membicarakan tentang mumia, yang terlintas di benak hati kita adalah manusia dewasa, yang telah berumur tua, dan untuk menghormatinya biasanya jasadnya akan dimumifikasi, seperti penguasa Mesir, Firaun.

Namun jika janin yang dimumifikasi? Mungkin terdengar baru dan aneh. Tetapi inilah yang berlaku di Itali, di mana mumia janin yang dianggarkan baru berumur 29 minggu, ditemui dengan usia lebih dari 100 tahun.

Penemuan ini juga selari dengan penemuan beberapa jasad orang dewasa. Dari penemuan tersebut, dianggarkan bahawa prosedur pembedahan telah ada sejak abad ke-19. Di mana doktor melakukan pembedahan sesuai standard terhadap ibu hamil, untuk mengambil janin yang meninggal di dalam kandungan.


Awal penemuan mumia janin ini adalah ketika adanya gempabumi terbesar di L'Aquila di Itali, tahun 2009. Di mana banyak bangunan rosak teruk, dan saat itulah mumia janin ini terkeluar.

Salah satu bangunan yang hancur adalah gereja bersejarah di Itali, St. John Evangelist, di Casentino. Dan tingkat bawah bangunan tersebut runtuh, sehingga terungkap bilik bawah tanah, yang memperlihatkan beberapa jasad telah mengalami mumifikasi, termasuk janin berumur 29 minggu
.


 Jenis jantina mumia janin ini belum diketahui, dan dijangka janin tersebut berasal dari tahun 1840. Dan ketika dilakukan sinar x, terlihat jika tulang janin tersebut hancur, banyak tulang yang sudah tidak menyatu dan membentuk struktur tengkorak.

Dan hingga saat ini, beberapa jasad masih tersimpan di runtuhan gereja tersebut.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers