Tuesday, 27 January 2015

Filled Under:

Wanita Ini Adalah Isteri Paling Pemalas di Dunia.


"Suami saya adalah orang yang paling perihatin di dunia. Selama tujuh tahun kami berkahwin, Ben telah melakukan sebahagian besar kerja rumah seperti memasak dan mengosok pakaian tanpa saya minta," kata Kate.

Wanita ini digelar isteri pemalas dalam laman Dailymail.co.uk. Gelaran ini bukan untuk penampilan fizikal, tetapi perilaku Kate yang tidak seperti isteri pada umumnya. Dia tidak pernah memasak, membersihkan rumah, walaupun tidak terlalu suka mengurus anak-anaknya. Semua dilakukan oleh suami yang bekerja mencari nafkah, sekaligus mengurus kerja rumah.




Kate bahkan dengan bangga mengatakan bahawa Ben lebih mungkin mengurus rumah selepas pulang kerja. Sedangkan Kate terlalu letih setelah bekerja seharian sebagai seorang penulis. Saat suaminya menyiapkan makan malam, Kate lebih memilih manicure kuku atau memeriksa Facebook.

"Saya terlalu sibuk dan lebih mengembangkan kerjaya sebagai penulis Daripada jadi isteri tradisional,"


"Hal ini membuat saya kelihatan egois, tapi saya akan berkata jujur. Di usia ke-39 tahun, saya tidak pernah mengosok pakaian suami saya. Saya sangat jarang memasak. Mengapa saya perlu
mengganggu ketika suami saya melakukan semua itu lebih baik berbanding saya ? "katanya.

Sebagai penulis, Kate bekerja di rumah. Dia sering bekerja seharian hingga tengah malam. Dengan dua orang anak, automatik suaminya yang lebih sering mengasuh anak-anak mereka. Pekerjaan Kate juga menuntutnya untuk sering meninggalkan rumah. Semua waktunya seolah habis untuk pekerjaan.



"Ben mengaku tidak keberatan dengan cara hidup kami. Tapi kalau boleh jujur, kerana mementingkan diri saya dia jadi harus memakaikan baju untuk anak-anak dan membuatkan mereka sarapan, bahkan sambil membalas email dari BlackBerry-nya," kata Kate lagi.

Kate mengatakan bahawa dia mencintai anak-anaknya dan sesekali melakukan tugas sebagai ibu. Namun pekerjaannya sangat sibuk. Setelah seharian menulis, dia merasa sangat bahagia. Sementara jika mengasuh anak-anaknya, dia merasa letih dan penat.


Wanita ini mengatakan bahawa semua ini dilakukan suaminya tanpa keluhan dan tanpa diminta. Kate juga menambah bahawa kehidupan intim mereka baik-baik saja.

"Suami saya membuat hidup saya lebih mudah dan dia berkata menikmati semua itu. Adakah bermakna saya isteri yang mementingkan diri sendiri dan lalai? Mungkin, tetapi juga membuat saya bahagia," tutup Kate.






2 comments:

Nuffnang Ads

Followers