Saturday, 28 February 2015

Filled Under:

Pelik! Bayi Kembar Yang Pertama di Dunia Ditemui di Rusia.

http://gabancomel.blogspot.com

Manusia kembar pertama di dunia dikatakan para saintis adalah berasal dari negara Rusia yang terletak pada bandar Siberia. Perkara tersebut terbukti dari penemuan tengkorak manusia yang terkubur pada kawasan perkuburan kubur Neolitik awal Siberia.

Dalam kawasan tanah perkuburan tersebut, didapati tengkorak ibu yang mempunyai bayi kembar berusia sekira 36 hingga 40 minggu yang tercekik selama proses persalinan pada masa 8,000 tahun silam. Kematian ini didakwa sebagai perkara yang umum pada masyarakat pra-sejarah dan pra-moden, namun jarang didokumentasikan, demikian seperti dikutip dari ABCnet.

"Ini bukan hanya salah satu sebagai kes tertua archaelogically yang didokumentasikan kematian saat melahirkan, tetapi juga sebagai kes yang disahkan sebagai awal dari manusia kembar di dunia," jelas Angela Lieverse, seorang bioarchaeloist di University of Saskatchewan, di Kanada.


Dirinya menjelaskan, penanggalan radiokarbon pada sampel kecil dari ibu dan tulang kembar dikonfimrasi sebagai sisa-sisa kerangka yang berusia 7,700 tahun. Perkara ini terjadi kerana perempuan dan anak-anak mereka jarang dikuburkan bersama-sama atau hanya kerana sisa-sisa halus yang belum lahir yang tidak bertahan.


Angela juga mendedahkan bahawa bukti kembar ini sangat jarang berlaku. "Mereka pada dasarnya tidak terlihat dan terakam dalam catatan arkeologi," jelasnya.

Menurutnya, rangka wanita Siberia yang ditemui adalah sebahagian dari masyarakat Neolitik yang dekat dengan kehidupan pantai di Tasik Baikal. Ada kisah menarik yang dimiliki dari sejarah penemuan rangka wanita tersebut.

"Kisah menarik yang sangat dekat dengan keperibadian ke dalam hidup dan mati, hampir 8,000 tahun yang lalu," tambahnya.gabancomel.blogspot.com.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers