Wednesday, 11 February 2015
Filled Under:
Dunia Pelik
Pelik! Geng Wanita Ini Sering Perk0sa dan Rompak Lelaki Asing.
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Perkara jahat boleh terjadi pada siapa saja, bukan hanya wanita tetapi pada lelaki juga. Selama ini jika kita berbincang tentang penjahat, selalu identiti dengan lelaki berwajah ganas dan berbadan tegap. Mereka juga kerap melakukan tindakan sendiri atau berkelompok.
Tetapi jika meliht geng yang satu ini mungkin anda akan terkejut, kerana bukan lelaki yang melakukan aksi kejahatan, tetapi sekumpulan wanita. Mereka mensasarkan mangsanya hanya lelaki. Selain merompak, mereka juga kerap memperkosa mangsanya apabila melakukan aksi kejahatannya.
Geng yang diberi nama Honey Trap Gang, diketuai oleh wanita bernama Maria Sierra, awalnya mereka menggoda lelaki, memikatnya dan mengajaknya ke tempat sepi lalu terbabit. Biasanya mereka mengambil dompet, telefon bimbit, dan barang berharga lain.
Kebanyakan mangsa enggan untuk melaporkan jika telah menjadi korban, baik kerana alasan malu atau mengelakkan penerbitan. Geng yang beraksi di Cancun, Mexico ini, biasanya fokus kepada pelancong luar negara yang sedang melancong di sana.
Geng ini ditangkap selepas salah satu pelancong melaporkan telah menjadi mangsa kejahatan, kepada polis tempatan. Rupanya pelancong tersebut tidak malu untuk melaporkan telah menjadi mangasa geng wanita ini. Dan kini polis sedang menyoal siasat wanita-wanita yang mempunyai umur antara 19-28 tahun tersebut.
Hati-hati jika anda sedang melakukan lawatan atau melancong, kejahatan boleh terjadi pada siapa saja .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment