Bratislav Stojanovic seorang lelaki tidak berumah berusia 46 tahun berasal dari Serbia, yang selama 15 tahun hidup dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan di wilayah Nis Serbia dengan alasan tidak punyai rumah untuk didiami.
Bratislav Stojanovic telah membuat lubang kubur sebagai rumahnya dan mengatakan bahawa ia lebih takut hidup kelaparan daripada hidup berjiran dengan orang yang sudah meninggal dunia.
Bratislav Stojanovic adalah seorang bekas pekerja pembinaan. Ia tidak pernah mendapatkan pekerjaan tetap dan telah bertahun-tahun kehilangan rumahnya setelah lari dari hutang.
Selama 15 tahun terakhir ia telah berkongsi tempat tinggal bersama abu dari seorang keluarga yang telah meninggal dunia lebih dari 100 tahun yang lalu di Nis.
Ia cuba untuk membuat tempat tinggal selesa yang mungkin dan mendakwa bahawa ia seperti merasa dirumah ketika didalam tempat tersebut. Bratislav mengatakan bahawa lubang kubur yang ia tempati sekarang memang bukan merupakan sebuah istana, namun baginya tempat tersebut sudah cukup selesa berbanding ketika ia hidup di jalanan.
Bratislav Stojanovic mengakui bahawa pada awalnya cukup sukar untuk hidup di tanah perkuburan, namun sekarang ia lebih takut akan kehidupan daripada kematian.
Sebahagian besar masa Bratislav digunakan untuk mencari makan, lilin dan merokok disekitar laman pengebumian, namun akhir-akhir ini kehidupannya cukup susah sejak kawasan perkuburan tersebut jarang digunakan dan jarang dikunjungi oleh orang ramai.
Hampir setiap hari Bratislav mencari makan dan memakan makanan dari tempat pembuangan sampah. Baginya perkara itu bukanlah masalah yang besar, bahkan terkadang ia merasa takjub akan apa yang telah dibuang oleh orang-orang.
Pada malam yang sejuk, ia menghangatkan tubuhnya dengan menggunakan lilin. Ia pun merasa senang kerana pada akhirnya ia mencari tempat di mana tidak akan ada orang yang mengganggunya, bahkan seorang polis sekalipun.
Ketika ia harus menutup atau membuka liang kuburnya untuk keluar masuk, Bratislav harus memastikan sekelilingnya keselamatan tidak ada yang melihat. Bratislav melakukan perkara tersebut bukan kerana takut diganggu melainkan agar orang-orang yang melihatnya tidak ketakutan dan mengira ia adalah jasad yang hidup kembali dari kubur.
Monday, 27 April 2015
Filled Under:
Dunia Pelik
Pelik! Bratislav Stojanovic, Lelaki Yang Tinggal di Lubang Kubur Selama 15 Tahun.
Posted By:
zamri spoon
on 22:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment