Thursday, 11 June 2015
Filled Under:
info kesihatan
Info:5 Makanan Ini Mampuh Hancurkan Lemak Perut.
Posted By:
zamri spoon
on 22:00
Buat korang, baik wanita ataupun lelaki, mempunyai perut buncit tentu bukan pilihan. Sebab perut yang menggelembung akan merosakkan penampilan.
Namun tidak perlu bimbang, kerana dipetik dari laman Boldsky, ternyata ada lima bahan makanan di dapur, yang ternyata mampu menghancurkan lemak di perut, jika dimakan rutin. Ini penjelasannya:
Kobis
Ia ampuh meluruhkan lemak, terutama yang ada di bahagian pinggang. Kobis kaya dengan iodin dan sulfur yang bagus untuk membakar lemak yang berlebihan. Banyak ahli nutrisi menyarankan kita untuk rajin makan kobis guna menurunkan berat badan.
Lobak
Tumbuhan oren ini mempunyai karotin yang berkesan menghilangkan lemak dari tubuh. Yang rajin memakannya akan mendapat keuntungan ganda, kerana di usus karotine akan diubah tubuh menjadi vitamin A semasa proses pencernaan.
Timun
Kerana kaya zat silikon dan sulfur, timun membantu membuang lemak dengan cara melonggarkan sel-sel lemak. Timun juga bagus untuk mengurangkan tahap asid di tubuh kita.
Teh Hijau
Ingin segera langsing? Jangan lupa pengambilan dua gelas teh hijau setiap hari. Minuman ini akan merangsang metabolisme tubuh dan membantu menghancurkan lemak dan kelebihan karbohidrat.
Cili merah
Ia mengandungi capsaicin yang memberi sensasi pedas. Capsaicin ini akan memberi kesan termogenik yang hasilnya, menghangatkan tubuh dan mencairkan timbunan lemak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanks for the info....lepas ni kena amalkan teh hijau la pulak...
ReplyDelete