Wednesday, 17 June 2015

Filled Under:

Spa Aneh , Pengunjung Ditanam Hidup-hidup Dengan Pasir Panas.


 Jepun tidak hanya maju dalam dunia teknologi, dalam dunia penjagaan kecantikan pun mereka selalu mempunyai inovasi yang kreatif dan cenderung unik. Baru-baru ini di Jepun ada spa baru yang dalam proses itu, orang yang melakukan spa ditanam dengan pasir pantai yang panas. 

Ditanam dengan pasir pantai untuk mendapatkan kulit yang cantik dan tubuh yang sihat u kini di Jepun sangat popular, khususnya di bandar Beppu dan Ibusuki, Pulau Kyushu. Wilayah yang juga dikenali dengan gunung gunung berapi dan mandian air panas yang menjadi tempat kegemaran masa musim sejuk. 

Spa ini hanya memerlukan pengunjung yang melakukan spa untuk ditanam dalam pasir pantai yang hangat mulai dari kaki hingga leher. Spa yang menggunakan pasir dari letusan gunung gunung berapi yang banyak terdapat di pantai itu dilakukan selama setengah jam. 

Banyak yang mempercayai jika cara tersebut boleh menghindarkan bahkan menyembuhkan seseorang dari penyakit diabetes, anemia, asma, serta juga untuk melangsingkan tubuh. Yang digunakan untuk tanam orang yang spa bukanlah sembarang pasir, akan tetapi pasir yang telah dipanaskan dengan menyiram air panas dan kering.


Oleh kerana itu, tubuh yang ditanam dengan menggunakan pasir itu akan terasa hangat hingga akhirnya menjadi sejuk. Pengunjung akan dapat merasakan pasir hangat tersebut dalam masa 30 minit, kerana selepas itu akan sejuk dan kembali dipanaskan. Saat ditanam, para pengunjung tidaklah berb0gel, tapi mengenakan yukata atau sejenis kimono atau boleh dikatakan tuala. Tuala ini nantinya akan membantu menahan panas yang berlebihan agar tidak terus terkena kulit.









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers