Friday 18 December 2015

Filled Under:

Video,Meski Tanpa Tangan,Pemuzik Ini Mampu Main Gitar Dengan Baik.


Dilahirkan tanpa tangan tidak membuat lelaki yang berasal dari San Diego ini menjadi rendah diri dan putus asa. Bahkan, dirinya boleh bermain sebuah gitar dengan begitu baik. Lelaki berusia 46 tahun itu pun membahagikan video kisah hidupnya di media sosial.

Mark pertama kali bermain gitar ketika usianya 4 tahun. Saat itu ayahnya pulang dengan membawa sebuah gitar dengan empat tali. Ketika usia 12 tahun, dia pun mula serius ingin menjadi seorang pemuzik. Mark berkelana kota untuk mencari orang-orang yang ingin membentuk band bersamanya, tapi tidak ada seorang pun yang mahu bergabung kerana kecacatan.




Lelaki ini kemudian membentuk band rock sendiri bernama Wicked Misfit dan pernah menjadi pembuka untuk Asphalt Ballet, sebuah band yang lagunya terkenal saat itu. Malangnya, saat bandnya akan melakukan pertunjukkan,  vokalis band itu justru mengacaukannya dengan mengusir para penonton.

Mark pun memutuskan untuk keluar dari bandnya dan berhenti taksub menjadi rockstar. Apa lagi kehidupan peribadinya juga kacau setelah bercerai dengan isterinya. Mark kemudian mengubah pemikirannya dan mula bermain muzik dari hati.

Sejak itu lah kehidupannya mula berubah jadi lebih baik. "Aku tidak melihat diriku sebagai seseorang yang patut kamu kasihani," ungkap lelaki yang pernah menjadi bintang di "Fox Television 's Emmy-nominated commercial' Feet '" ini. "Aku lebih suka orang yang kau jadikan contoh, atau sekurang-kurangnya teman untuk bergaul.   Jom saksikan video berikut ini:







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers