Monday, 1 August 2016
Filled Under:
sukan
Chelsea masih terumbang-ambing.
Posted By:
zamri spoon
on 06:32
MICHIGAN – Pengurus Chelsea, Antonio Conte memberi amaran bahawa mereka bakal mengulangi aksi hambar musim lalu sekiranya para pemain gagal untuk bermain sebagai satu pasukan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan pengendali kelahiran Itali itu selepas menyaksikan pasukannya tewas 2-3 kepada Real Madrid pada perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa yang berlangsung awal pagi semalam.
Pada aksi tersebut, The Blues ketinggalan 0-3 seawal minit ke-18 menerusi dua gol jaringan Marcelo dan satu gol sumbangan Mariano Diaz, manakala dua gol Chelsea hadir menerusi ledakan Eden Hazard.
“Saya tahu bukan mudah untuk beraksi menentang sebuah kelab yang hebat memandangkan kami hanya mendapat rehat dua hari, mungkin pemain saya beraksi dalam keadaan letih. Bagaimanapun, perlawanan hari ini (semalam) amat penting bagi melihat kerjasama dalam pasukan.
“Setiap pemain perlu memiliki sikap kerjasama, tidak kira ketika memegang bola ataupun tidak. Sekiranya mereka gagal untuk bekerjasama, Chelsea berisiko tinggi untuk mengulangi aksi hambar pada musim lepas.
“Pada perlawanan ini, saya fikir kami gagal bermain sebagai satu pasukan ketika bertahan. Ini sangat penting kerana corak pertahanan lebih baik pada perlawanan sebelum ini. Hari ini (semalam), kami lebih baik ketika memegang bola, namun agak teruk ketika bertahan,” kata Conte.
Bagaimanapun, bekas jurulatih skuad kebangsaan skuad Itali itu turut memuji aksi Hazard yang berjaya meledak dua gol meskipun dimasukkan pada minit ke-67.
Kata Conte: “Hazard mula menemui sentuhan dan dia seperti seorang penyerang. Saya fikir, dia mampu menyelesaikan masalah yang kami hadapi.” – Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment