Wednesday 3 August 2016

Filled Under:

Kelantan tempang hadapi Felda United.


PENGENDALI Kelantan, Velizar Emilov Popov meramalkan mereka bakal berdepan laluan sukar menentang Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Popov berkata, ia berikutan dua tonggak di bahagian pertahanan iaitu Muslim Ahmad dan Jonathan McKain tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Pemain sayap lincah, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria juga tidak dapat diturunkan kerana masih menjalani penggantu­ngan.

Menurutnya, situasi itu merencatkan percaturan taktikalnya untuk berdepan Felda United pada perlawanan itu nanti.

“Bukan mudah buat saya untuk membuat penggiliran kerana pemain yang ada tidak setara dengan pasukan utama ketika ini. Saya tidak mempunyai pilihan untuk berbuat demikian ketika ini.

“Saya harap pemain berkenaan dapat pulih secepat mungkin bagi membolehkan beraksi kerana kita amat memerlukan khidmat mereka untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Popov memberitahu, beliau tetap akan berusaha untuk memastikan Kelantan mampu memberikan sai­ngan kepada sengit kepada Felda United.

Katanya, misi meraih tiga mata tetap menjadi keutamaan dan dia mahu pemain memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti.

“Berdepan Felda United bukan tugas mudah, ditambah pula de­ngan prestasi mereka ketika ini. Namun, kita akan tetap berusaha dan fokus untuk mendapat tiga mata,” ujarnya.

Dalam itu, Popov menamakan dua tonggak Felda United iaitu Francis Forkey Doe dan Zah Rahan Kranga perlu diberikan kawalan rapi pada perlawanan itu.

Katanya, kedua tonggak ini mampu menjadi ‘duri dalam daging’ buat pasukan Kelantan jika diberikan ruang untuk bergerak bebas pada perlawanan tersebut.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers