Sunday, 23 October 2016

Filled Under:

Jdt Menang Bergaya Berjaya Menundukkan Selangor



Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menutup kempen dengan penuh bergaya apabila menundukkan Selangor 2-1 pada perlawanan terakhir liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan itu memastikan skuad juara Liga Super tiga kali berturut-turut itu melakar satu lagi sejarah sebagai pasukan juara liga utama yang tidak pernah kalah dalam saingan liga sejak 1979.


Aksi terakhir semalam hanya sebagai pelengkap jadual apabila Johor DT sudah dinobatkan selaku juara lebih awal selepas gagal dihambat pencabar terdekat FELDA United.

Tuan rumah yang mahu memberi fokus kepada misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia di final 30 Oktober ini di Stadium Shah Alam menentang Kedah, hanya menurunkan hampir semua pemain skuad kedua kecuali kapten Muhammad Shahrom Kalam.

Pasukan pelawat kendalian Mario Gomez pula menyenaraikan semua pemain import namun merehatkan kapten Safiq Rahim selepas kekalahan di tangan Bengaluru FC dalam saingan separuh akhir Piala AFC, Rabu lalu.

Johor DT yang memburu rekod bersih musim ini lebih banyak menguasai permainan pada babak pertama dan seharusnya mendahului sekurang-kurangnya tiga gol.

Bagaimanapun, ketangkasan Norazlan Razali di gawang Selangor menafikan beberapa percubaan bahaya Harimau Selatan termasuk rembatan Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-7 dan Amri Yahyah (m-38).

Pintu gol Selangor akhirnya bolos pada minit ke-64 apabila Diaz bijak memperdayakan Norazlan sebelum melepaskan rembatan ke gawang.

Penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri berjaya memadam kelebihan itu apabila menyumbat gol pada minit-70 menerusi larian menarik di sebelah kiri.

Bagaimanapun, pemain gantian Amri melengkapkan malam gemilang Johor DT dengan gol kemenangan, enam minit kemudian.sumber




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs