Tuesday, 25 October 2016

Filled Under:

Keychain Dari Bintang Yang Masih Bernyawa.


 Jika perjalanan ke luar negara, biasanya kita akan mencari makanan atau benda-benda khas negara tersebut. Buah tangan tersebut umumnya menyifatkan kekayaan alam atau keunikan yang berbeza dari tempat lain. Kebanyakan oleh-oleh yang dibawa adalah perhiasan, misalnya keychain, gelang, kalung atau apa-apa saja. Tetapi, jika anda berada di China, anda akan terkejut melihat benda yang banyak dijual sebagai oleh-oleh ini.

Disiarkan oleh amusingplanet.net,  di China ramai membuat liputan tentang benda yang  dijual sebagai oleh-oleh berupa keychain ini. Pasalnya, rantai kunci ini mengandungi ikan hidup, penyu Brazil atau cicak muda yang dikemas dalam plastik kedap udara! Haiwan-haiwan malang ini dibungkus dalam plastik selebar 7 cm yang mengandungi air berwarna yang dituntut oleh para penjual sebagai air yang kaya nutrisi untuk haiwan-haiwan tersebut hidup.

Namun malangnya, amalan kekejaman terhadap haiwan ini dihalalkan oleh kerajaan tempatan. Walaupun ada undang-undang yang melindungi haiwan liar, tetapi rupanya rantai kunci ini tidak termasuk dalam peraturan tersebut. Ironisnya, rantai kunci ini sangat diminati. Khabarnya, satu buah rantai kunci ikan dan sembilan rantai kunci penyu terjual setiap lima minit.

Tentunya ikan, penyu dan cicak ini tidak boleh hidup lama di dalam plastik kedap udara. Tidak peduli bagaimana bernutrisinya air yang digunakan, haiwan-haiwan ini memerlukan habitat semula jadi untuk hidup. Bayangkan bagaimana jika kita manusia yang dikurung seperti mereka. Sedihnya.












0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs