Wednesday 16 November 2016

Filled Under:

Badan Kucing Paling Panjang Didunia.


Seekor kucing di Amerika telah mendapat gelaran sebagai kucing terpanjang berdasarkan rekod dunia terbaru yang tercatat di dalam Guinness World Record.

Kucing yang dinamakan Stewie itu berusia 5 tahun dan mempunyai tubuh sepanjang 123cm dari mula hujung hidungnya hingga hujung ekornya.

"Kami menyedari tubuh Stewie yang panjang kira-kira tiga tahun lalu," kata Mr Hendrickson kepada Reno Gazette-Journal. "Semua orang memuji dengan mengatakan, 'Panjangnya  kucing itu!' "

Pemilik kucing istimewa ini ialah Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, mengatakan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk mendaftarkan kucing mereka ke dalam buku rekod dunia itu setelah mendengar kekaguman orang ramai terhadap kepanjangan tubuh Stewie.Stewie telah mengalahkan rekod kepanjangan kucing sebelumnya yang berukuran 121cm
.


Jom saksikan video berikut ini :






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers