Sunday, 4 December 2016

Filled Under:

Limosin Mewah Khas Untuk Dasar Laut.


Jika selama ini untuk pergi ke dasar laut yang paling dalam harus melakukan perjalanan dalam suasana ketidakselesaan, nampaknya kesan itu akan segera berubah kerana telah ada C-Explorer 5 pada harga £ 1.5 juta .

 C-Explorer 5 adalah submersible terbaru dari syarikat Belanda U-Boat Worx. Kapal selam mewah ini dilengakapi dengan lima kerusi yang selesa dan sistem pendingin hawa, sound system iPod, lampu LED bow-mounted, sampling arm, sistem video HD kamera, sonars pengimejan, dan modem bawah air, sekurang-kurangnya itulah kemudahan-kemudahan mewah yang dimiliki kapal selam ini sehingga layak disebut sebagai 'limosin mewah bawah laut' pertama di dunia.

 Kapal selam termewah ini boleh memuatkan lima orang penumpang, dan boleh menyelam ke kedalaman 1,000 kaki di bawah permukaan laut. Kelajuan cruisingnya 3 knot di bawah air.
 
Idea untuk mempunyai submersible peribadi memang sangat hebat, kerana anda menjadi mampu menyelam di mana-mana dan bila-bila masa yang anda inginkan, itulah mesej jurucakap syarikat. Dengan kapal selam mewah ini, anda dapat mencari terumbu karang asli atau dinding curam untuk pertama kali maka anda akan menjadi penemu atau ilmuan dunia marin dengan cara yang mudah.
 





0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs