Sunday 15 January 2017

Filled Under:

Badan Wanita Ini Berbau Seperti Ikan dan Telur Busuk.


Kebanyakan orang  menganggap bahawa bau badan yang hanyir dan berbau seperti telur busuk hanya dijumpai di filem-filem. Tapi ternyata bau badan seperti telur busuk ini terjadi di dunia nyata. Perkara ini dialami sendiri oleh seorang wanita yang bernama Ellie James.

Wanita yang berusia 44 tahun ini telah mengalami penyakit yang jarang berlaku ini selama 14 tahun. Pertama kali ia terkena penyakit yang jarang berlaku ini sejak berusia 30 tahun, dan selama itu ia merasa sangat terseksa dan bahkan terus menangis kerana di asingkan oleh rakan-rakan pejabatnya.

Ellie merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat di London. Di ketahui penyakit yang jarang berlaku yang dialami Ellie ini di sebut dengan Trimethylaminuria (tmau), di mana pesakit akan mempunyai bau badan yang sangat busuk seperti bau telur busuk.

Penyakit memalukan ini membuat Ellie terus menangis selepas pulang kerja, kerana rakan-rakan kerjanya selalu mengelakkan lantaran tidak tahan mencium bau badan Ellie yang sangat busuk itu.

Bau badan Ellie akan semakin menjadi-jadi apabila ia makan telur, ikan, daging, dan susu. Semua makanan itu akan membuat tubuh Ellie semakin mengeluarkan bau busuk.

Untuk mengurangkan baunya biasanya Ellie mandi lima kali dalam sehari, tetapi walaupun begitu tetap saja tubuh Ellie selalu mengeluarkan bau busuk. Tidak hanya itu walaupun Ellie sudah menggunakan minyak wangi yang banyak dan memakai sabun yang sangat wangi, tetap saja bau badan Ellie tidak mahu hilang-hilang.

Pertama kali ia terkena penyakit ini Ellie tidak pernah menyedari, tapi setelah orang-orang melihat kepadanya dengan jijik sambil menutup hidung mereka baru lah Ellie sedar bahawa tubuhnya itu mengeluarkan bau yang tidak sedap.

Awalnya, Ellie merasa takut untuk memeriksakannya ke doktor, namun pada tahun 2005 ia memberanikan untuk memeriksa keadaannya ke doktor, tapi setelah itu masa tujuh tahun untuk doktor mendiagnosis penyakit yang jarang berlaku yang di derita oleh Ellie ini.

Kemudian, tahun 2007 barulah ia mencari ahli endokrinologi, iaitu seorang pakar hormon yang memberikannya antibiotik dan menyarankannya untuk diet.

Penyakit yang di derita Ellie ini memang sangat jarang berlaku,  jarang sekali orang menderitanya. Tetapi menurut
pakar hormon tersebut penyakit ini lebih mudah menyerang wanita berbanding lelaki . Ini kerana hormon seks wanita boleh memburukkan penyakit ini.

Penyakit yang jarang berlaku ini di keluarkan melalui peluh, air kencing dan nafas, jadi jika pesakit berpeluh maka tubuhnya akan mengeluarkan bau yang sangat busuk..




Jom saksikan video berikut ini:





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers