Tuesday 17 January 2017

Filled Under:

Bandar Ini Dilarang Warganya Mati.


Kematian merupakan sebuah takdir yang tidak boleh dielakkan oleh semua makhluk hidup di dunia ini. Tapi, di Bandar ini mempunyai peraturan yang sangat aneh, iaitu melarang penduduknya untuk mati.

Bandar yang terletak di bahagian barat daya negara menara Eiffel ini merupakan salah satu Bandar yang mempunyai pemandangan yang sangat indah dan mempesona.

Tapi, sayangnya keindahan Bandar ini tidak setanding dengan peraturan yang dibuat oleh bekas Datuk Bandar iaitu Gerard Lalanne.

Bandar ini disebut dengan bandar Sarpourenx, di mana ada peraturan yang sangat aneh, iaitu penduduk di Bandar ini dilarang mati jika tidak ingin mendapatkan hukuman yang berat.

Larangan yang sangat tidak masuk akal ini, dibuat oleh Gerard kerana di Bandar Sarpourenx tidak mempunyai tanah tempat pengebumian lagi. Tempat pengebumian di sana sudah penuh sehingga tidak mungkin lagi untuk memuatkan orang yang telah mati .

Gerard juga mengatakan bahawa jika ada yang mati, mereka harus boleh mencari tanah untuk menguburkan mayat tersebut diluar bandar tersebut. Tapi, jika ada penduduk yang memiliki tanah sendiri di Bandar itu dibenarkan untuk menguburkan mayat keluarganya di tanah tersebut.

Bandar ini dihuni oleh 300 penduduk di mana Gerard berkhidmat sebagai Datuk Bandar sejak tahun 1971-2008. Kini masa jabatannya sudah habis, tapi peraturan tersebut masih dikuatkuasakan.

Ini merupakan peraturan yang paling aneh yang pernah ada di dunia ini.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers