Sunday 15 January 2017

Filled Under:

Berusia 67 Tahun Masih Nampak Seperti Gadis Remaja.


 Beberapa waktu lalu beredar foto terbaru Miss Universe 1965 berasal dari  Thailand. Foto itu membuat banyak orang merasa kagum. Sebabnya wanita yang saat ini berusia 67 tahun itu masih nampak seperti gadis remaja.

 Apasra Hongsakula dinobatkan sebagai Miss Thailand pada tahun 1964. Ia menjadi perempuan Thailand pertama yang memenangi gelaran Miss Universe pada tahun 1965 di Miami, Florida, Amerika Syarikat. Saat itu ia baru berusia 18 tahun.

 Apasra kemudian berkahwin dengan anak saudara Ratu Sirikit di Thailand. Meskipun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian, ia masih masuk dalam lingkaran Keluarga Kerajaan Thailand.

 Apasra juga merupakan President dari Apasra Beauty Slimming Spa. Kerana mempunyai tempat rawatan kecantikan sendiri, wajah ayunya tetap selalu terjaga. Selain itu ia juga pernah menjadi Ambassador budaya dari pelancongan Thailand. 

Selepas foto terbarunya yang kelihatan masih sangat cantik beredar, Apasra menjadi headline di banyak pemberitaan di Thailand.

 Namun hal itu rupanya menghembuskan isu kalau ia melakukan rawatan yang memerlukan dana sebanyak THB 2.5 Juta agar tetap kelihatan muda. 

Meskipun demikian tidak kelihatan ada tanda-tanda pembedahan plastik yang biasanya meninggalkan jejak aneh di wajah seseorang. Manager Apasra juga membantah adanya khabar angin terapi besar-besaran ketika menjalani wawancara di Morning News. Ia mengatakan kalau wanita itu hanya mengubah gaya rambutnya dari berombak menjadi lurus sehingga nampak kelihatan lebih muda.
 








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers