Thursday, 5 January 2017

Filled Under:

Lidah Paling Lebar di Dunia.



Byron Schlenker diiktiraf Guiness World Record sebagai pemiliki lidah yang paling lebar.

Byron mengaku tahu saiz lidahnya hebat setelah anaknya mengukur lidahnya. Ternyata ukuran lidahnya yang 8.3 cm lebih lebar dari rekod sebelumnya selebar 7.9 cm. Lelaki berusia 46 tahun ini lalu menghubungi Guiness World Record untuk diukur lidahnya.

Akhirnya pasukan Guiness melakukan pengukuran dengan seorang doktor dan dua notari menggunakan pembaris besi. Byron mengaku sebenarnya tidak mencari populariti meskipun kini namanya dikenali dan fotonya terpampang di buku rekod. Ia juga baru tahu belakangan ini disenaraikan di buku rekod masa jalan-jalan bersama anak perempuannya.

"Aku tidak akan melakukan ini semua jika mereka tidak menghubungiku," kata ayah 3 anak ini. "Rekod bukan hal yang kuimpi-impikan. Aku tidak keberatan jika ada yang mengalahkan rekodku."


Byron terkejut ketika didatangi media untuk wawancara . Sebab ia merasa tidak ada yang istimewa dari rekodnya. "Aku tidak pernah melihat seseorang melakukan hal istimewa dengan lidah mereka selain Miley Cyrus dan Gene Simmons," katanya dengan rendah diri.








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs