Wednesday, 4 January 2017

Filled Under:

Rakyat Yaman Guna Air Kencing Unta Untuk Lebatkan Rambut.


Kebanyakan kedai-kedai di Yaman sedang menjual air kencing  unta yang dipercayai membuat rambut lebih panjang dan juga halus. "Air kencing unta yang bagus boleh membuat rambut lebih panjang dan halus dijual di sini, ini adalah keajaiban dari semua keajaiban," tulisan dalam sebuah poster yang dipamerkan salah  salah satu kedai di Yaman.

 Akhbar tempatan menulis, air kencing unta itu dijual di kedai-kedai di Aden, Abyan, Lahaj dan pelbagai bandar lain di negara itu. Majoriti penduduk semenanjung Arab juga percaya kalau air kencing  unta mempunyai banyak manfaat dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

 Bahkan, penyelidik dari Universiti King Abdulzaziz mendakwa telah berjaya memisahkan bahagian dari air kencing unta yang boleh digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan kanser. Pada 2009, para penyelidik juga mendakwa bahawa susu unta boleh memerangi eczema dan psoriasis.

 Penduduk tempatan  di semenanjung Arab memang sudah lama mengambil air kencing unta. Air kencing tersebut biasanya dipakai sebagai syampu atau ubat-ubatan.
 
Sebuah poster iklan penjagaan kesihatan air kencing unta





3 comments:

Followers

networkblogs