Wednesday, 1 February 2017

Filled Under:

Biskut Beraroma Minyak Wangi.


Dunia kek dan biskut terus mengalami perkembangan dengan pelbagai macam inovasi. Salah satu inovasi murahan yang baru-baru ini dilakukan iaitu menggabungkan masakan dengan minyak wangi. Itulah yang dilakukan oleh Christina Tosi, wanita berasal dari  New York yang sekaligus pemilik Momofoku Milk Bar.

 
Christina telah membangunkan sebuah produk biskut unik yang mempunyai aroma minyak wangi. Ia menamakan biskut unik ciptaannya tersebut dengan nama Estee Cookie. Diberi nama Estee Cookie kerana bahan-bahan yang digunakan sama dengan bahan pembuat salah satu produk syarikat kosmetik gergasi, Estee Lauder, pada tahun 1973 lalu.


 Bahan utama dari biskut unik tersebut adalah ekstrak  bunga mawar dari Bulgaria. Christina juga menggunakan bahan-bahan lain seperti susu, coklat putih, dan strawberi untuk membuat biskut unik wangi minyak wangi tersebut.

Walaupun mempunyai aroma minyakl wangi, Christina yang juga bekerja sebagai pembuat roti dan kek, mendakwa bahawa biskut ciptaannya 100 peratus boleh dimakan dan selamat. Estee Cookie juga akan mengingatkan pelanggan dengan aroma bunga mawar dari minyak wangi semburan Estee Lauder.








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs