Tuesday, 7 February 2017

Filled Under:

Hotel Tidur Dalam Laut.



Melihat keindahan laut boleh jadi merupakan pengalaman yang ingin diinginkan kebanyakan orang. Namun pernahkah anda berani membayangkan tidur di tengah laut?

Jika ya, maka Manta Resort yang berada di sekitar Zanzibar, Tanzania, ini akan jadi hotel impian anda. Bilik hotel ini berada 4 meter di bawah laut dan mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan, baik saat siang mahupun malam hari.

Untuk pergi ke  bangunan bilik hotel di dekat Pulau Pemba ini, anda perlu menaiki kapal selama 3-4 minit.Sebabnya, bilik sejuk itu memang ada di 250 meter di luar garis pantai.

Hotel ini mempunyai tiga tingkat. Tingkat pertama berada di atas laut dan menyajikan pemandangan laut dan langit 360 darjah. Di tingkat kedua, anda boleh menikmati makanan atau hanya sekadar melepak di sofa yang lembut menghadap ke laut.

Tingkat ketiga sekaligus yang paling menakjubkan mengandungi bilik. Di bilik tersebut, tingkap diperbuat daripada kaca sehingga anda boleh dengan melihat ikan-ikan yang berenang di sekitar anda.

Hingga saat ini baru ada satu bangunan hotel semacam ini di dunia. Namun rencananya, hotel-hotel sama akan segera dibina di perairan ini untuk menarik pelancong-pelancong  ke Tanzania, Afrika Timur.

Berikut video Manta Resort di Pulau Pemba, Zanzibar, Tanzania, dari BBC:












0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs