Thursday 16 February 2017

Filled Under:

Kayak Seperti Alatkelamin Wanita.


Seseorang baru boleh diakui dan dikenali jika ia menghasilkan karya canggih, unik, bermanfaat dan disukai banyak orang. Banyak sekali orang kreatif, namun kadang-kadang pelik juga dengan ciptaan dan idea aneh atau individu sebahagian dari mereka.

Contohnya saja yang baru-baru ini terjadi di Jepun. Seorang seniman Jepun bernama Megumi Igarashi, yang juga menamakan dirinya dengan nama lain iatu Rokude Nashiko ditangkap dan dihukum dua tahun penjara kerana karyanya yang dianggap tidak senonoh. Berdasarkan independent.co.uk, Igarashi ditangkap selepas menunjukkan hasil karyanya berupa kayak yang dibuat persis sama seperti permukaan faraj.

Wanita ini telah membuat kayak atau kanu berwarna kuning dengan bentuk seperti alat kelaminnya setelah ia mengambil gambar bahagian peribadinya tersebut. Ia meminta rakannya yang merupakan salah seorang pemilik kedai sex toys untuk mengambil gambar alat kelaminnya dan menvisualisasikan dalam bentuk kayak. Ia bahkan menyebut karya miliknya tersebut dengan "pussy boat".



Ia juga menyebarluaskan secara digital gambar design pussy boat ke pelbagai pihak. Pada akhirnya, pemilik kedai tersebut juga ditangkap kerana mendisplay figurine atau mainan bentuk boneka kecil dengan bentuk yang sama agar para pelanggan yang datang ke kedai boleh melihatnya.


Penangkapan Igarashi ini pun telah mendapat banyak bantahan dan mendapat banyak petisyen, terutama dari badan hak asasi wanita dan badan sekatan ungkapan seni dari Jepun. Walaupun memang Jepun bertindak balas dengan santai industri pornografi, namun undang-undang tidak membolehkan adanya foto dan benda-benda berbau pornografi merebak secara terus dan terbuka.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers