Friday, 3 February 2017

Filled Under:

Majlis Pengkebumian Paling Meriah.


Perkuburan biasanya sinonim dengan kesedihan dan warna-warna gelap. Namun, perkara itu tidak nampak di majlis pengebumian ala Gipsi untuk Andrew Colwyn yang sudah koma sejak 1992 kerana dilanggar seorang pemabuk dengan lori.

Jalanan di Wales memang dipenuhi banyak kenalan, jiran dan rakan Andrew yang mengenakan pakaian hitam. Namun lihat saja trak-trak yang mengiringi mayat Andrew. Pengebumian lelaki yang kerap dipanggil The Boy itu dihiasi bunga-bunga indah yang dibuat dalam pelbagai bentuk.

"Kami ingin mengantarkannya dengan gembira dan itulah sebabnya kami membentuk bunga sebagai wakil dari apa-apa yang ia pernah suka," kata anak saudara Andrew. "Dia suka tinju. Dia dulu menjadi peninju amatur dan dia juga suka lori dan anjing."

"The Boy dulu sangat popular dan dihormati," katanya lagi . "Tetapi dia dilanggar oleh seorang pemandu mabuk, 22 tahun lalu, dan tidak pernah sedarkan diri."

Menurut keterangan sepupu Andrew, John Price, The Boy sempat berada di hospital selama tujuh tahun. Namun akhirnya ia meninggal pada 20 November lalu selepas dirawat di rumah oleh kedua ibu bapanya.

Dengan cinta dan penghormatan besar pada lelaki yang bekerja sebagai pekerja besi  ini, keluarga dan orang terdekat menjaga mayat Andrew selama 24 jam . Jalanan menuju Gereja St Alban di Cardiff juga ditutup selama perarakan pengebumian dilangsungkan.

"Ini tradisi yang sangat lama (di Gipsi)," jelas anak saudara Andrew. "Kami tidak makan daging sejak saat The Boy meninggal hingga saat dia dimakamkan." "Dan tidak akan ada televisyen di bilik di mana dia dibaringkan, tidak sampai dia dikebumikan," katanya. "Kami membuat pengebumian tenang dan penuh penghormatan."







<
Jom saksikan video menarik ini:






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs