Saturday, 18 February 2017

Filled Under:

Maut Dalam Kandang Kerana Datang Bulan.



Polis sedang menyiasat kematian seorang gadis 15 tahun yang dilaporkan lemas terhidu asap selepas diasingkan dan tinggal di dalam kandang kurang udara kerana datang bulan.

Gadis itu diasingkan mengikut amalan agama Hindu purba, Chhaupadi di mana gadis yang datang bulan atau wanita baru melahirkan anak dilihat sebagai tidak suci.

Walaupun amalan itu diharamkan kerajaan Nepal pada tahun 2005, namun ia masih diteruskan di kawasan pendalaman.

Memetik BBC News, mayat Roshani Tiruwa ditemui oleh bapanya minggu lalu di dalam sebuah pondok yang diperbuat daripada lumpur di kampung Gajra, wilayah Achham, 440km dari Kathamandu.

Sesetengah masyarakat di kawasan terpencil percaya mereka perlu memencilkan wanita haid supaya tidak mengalami musibah seperti bencana alam.

Semasa pengasingan, mereka tidak boleh mengambil makanan seperti kebiasaan dan dilarang minum susu.

Sementara itu, memetik Reuters, mangsa dikatakan menyalakan api untuk memanaskan badan sebelum tidur di dalam kandang yang tidak mempunyai pengudaraan baik.

"Kami menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya. Kami percaya dia mati lemas," kata pegawai polis, Badri Prasad Dhakal.Sinar Harian.com


Jom saksikan video berikut ini:








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs