Thursday, 16 March 2017

Filled Under:

11 Tahun Tidur Dengan Mayat Isteri.



Setiap orang punya cara gila untuk membuktikan rasa cintanya, bahkan setelah maut memisahkan. Lelaki ini melakukan perkara yang cukup menyeramkan. Dia sudah lebih dari 11 tahun tidur dengan mayat isterinya. Anda mungkin menganggapnya gila, namun ada kisah memilukan di sebalik perbuatan melulu yang dia lakukan.

20 bulan tidur di atas kubur isteri

Le Van adalah seorang lelaki dari Provinsi Quang Nam, Vietnam. Isteri Le Van meninggal di tahun 2003, yang membuat hati lelaki tersebut hancur berderai. Lelaki biasanya merelakan pemergian isterinya dengan air mata dan penyesalan, namun Le Van terlalu mencintai isterinya, melebihi apa saja.



Janji perkahwinan untuk setia hingga maut memisahkan tidak cukup baginya, sebab Le Van tetap ingin bersama sang isteri setelah maut memisahkan mereka. Rasa duka ini membuat Le Van tidur berbulan-bulan di atas tanah perkuburan isterinya, 20 bulan dia habiskan di tanah perkuburan, walaupun ketika hujan lebat sekalipun.



Akhirnya Le Van memutuskan untuk membawa mayat isterinya pulang ke rumah. Lelaki itu menggali kubur dan membawa pulang kembali isterinya untuk tinggal bersama dengan anak-anak mereka.

Cinta saya melebihi apapun

Sejak tahun 2004, Le Van tinggal bersama dengan
mayat isterinya, bahkan tidur di sebelahnya. Tubuh  isteri yang sudah hancur di beberapa bahagian diperbaiki lagi. Le Van melapisi tubuh isterinya dengan kertas sewarna kulit. Dia melapisi wajah isterinya dengan cetakan yang dia gambar seperti wajah isterinya saat masih hidup.

Ketaksuban ini membuat banyak orang berfikir Le Van sudah gila. Namun hingga sekarang tidak ada yang meminta Le Van untuk mengembalikan mayat isterinya ke tanah perkuburan. Sebab, orang-orang di sekitar Le Van tahu betapa besar rasa cinta lelaki tersebut pada isterinya.

Setiap orang punya cara berbeza untuk menghadapi sebuah kehilangan. Entah sampai bila Le Van akan mempertahankan mayat isteri yang dia cintai agar berada di sisinya.







0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs