Saturday, 11 March 2017

Filled Under:

Berbasikal di Laluan Paling Merbahaya.


Seorang penunggang basikal profesional mengayuh basikal salah satu laluan paling berbahaya di dunia dengan permukaan berbatu dan keadaan hampir menegak.

Aksi Michal Kollbek dirakam ketika dia mengayuh melawan graviti di laluan berbahaya tersebut yang dikenali sebagai Garisan Putih di Taman Negara Red Rock, dalam negeri Arizona.

Rakaman tersebut dibuat menggunakan sebuah pesawat kawalan jauh atau dron.

"Saya yakin dengan kebolehan dan tahu mampu melakukannya. Kuncinya adalah tidak memikirkan perasaan takut dan fokus terhadap kayuhan tersebut," ujar Kollbek

Video berdurasi satu minit itu menyaksikan Kollbek berjaya membuat kayuhan pergi dan balik tanpa sebarang masalah.

Kollbek memberitahu, dia bertindak mengempiskan tayar basikalnya untuk mendapat cengkaman di permukaan berbatu semasa membuat kayuhan berbahaya itu baru-baru ini. –KOSMO.COM











0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs