Monday, 20 March 2017

Filled Under:

Burger Katak di Jepun.


Burger adalah salah satu makanan yang kerap ditemui di Jepun. Baru-baru ini, penduduk Jepun digemparkan dengan burger ekstrem yang mengandungi daging Katak.

Salah satu restoran di Yokohama, Jepun menawarkan menu burger isi katak yang disajikan bersama dengan kentang goreng dan minuman bersoda.

Burger itu diisi dengan daging seekor katak yang telah dibersihkan. Katak itu telah digoreng terlebih dahulu dengan tepung hingga garing.

Roti yang digunakan bukan roti burger biasa, tapi roti berwarna hitam. Salad dan sayur-sayuran lain juga ditambah ke dalam burger. Burger katak ini dijual pada harga 1000 Yen  untuk satu bahagiannya. Harga tersebut sudah termasuk minuman soda.






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs