Wednesday 1 March 2017

Filled Under:

Inilah Rupa Sebenar Patung Barbie.



"Tak ada orang yang sempurna," itulah tagline yang tertulis di bawah sebuah gambar Barbie yang terlihat tak menggunakan make up. Foto hasil edit digital itu menunjukkan wajah Barbie dengan kawat gigi, kantung mata, kulit berminyak, dan rambut tak terurus.Edi Aguire, seorang pereka grafik, adalah orang yang bertanggung jawab atas perubahan drastik boneka cantik Barbie ini.


 Tentu saja hasil karyanya ini mengundang pro dan kontra dari orang yang melihat karyanya."Aku berharap melihat gambar ini saat aku kecil. Aku selalu merasa Barbie sangat sempurna. Mungkin aku tak perlu taksub dengan make up kalau aku melihat ini sejak kecil," ungkap seorang wanita bernama Sandra.

Wanita lain menambah bahawa dia lebih menyukai versi jelek Barbie ini berbanding dengan versi cantik. Kerana Barbie yang ini kelihatan lebih nyata, seperti disiarkan oleh Daily Mail .Sejak kemunculannya di tahun 1959, boneka Barbie yang lebih popular dengan rambut pirang mengilap, dada besar, pinggang kecil, dan tubuh kurus telah banyak disalahkan kerana menanamkan ajaran negatif terhadap para gadis mengenai proporsi tubuh sempurna.

Meski begitu, nampaknya banyak juga orang yang tak suka Barbie berpenampilan menjenkelkan. Beberapa berpendapat bahawa gambar hodoh Barbie tersebut menghancurkan image Barbie sebagai icon kecantikan."Aku tak tahu, apakah 'natural' bererti kau harus kelihatan seperti tak pernah tidur dan habis merokok ganja. Saya rasa saya melihat Ken pergi ketakutan," ungkap salah seorang pengulas.

Sementara itu, Fran Walfish, seorang anak tunggal dan keluarga di Beverly Hills menjelaskan bahawa sangat wajar bagi manusia untuk membuat icon kemudian merosakkannya sendiri.

Walfish berpendapat bahawa perubahan Barbie ini boleh jadi hal yang baik bagi gadis di luar sana yang mempunyai masalah dengan penampilan mereka. Sehingga mereka tak perlu membanding-bandingkan diri dan merasa rendah diri. Walfish mengaku kebanyakan pesakit wanita yang datang padanya mengenakan kawat gigi dan berjerawat.Tertarik !!, seperti apa wajah Barbie tanpa make up? Ini dia gambarnya.










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers