Thursday, 9 March 2017
Filled Under:
unik
Kahwin Adik Beradik Kembar.
Posted By:
zamri spoon
on 08:00
Lelaki di Wilayah Samut Songkram, Thailand mengaku susah untuk memutuskan siapa yang akan dikahwini dari dua gadis kembar yang hampir dengannya.
Winchaou Tao, nama lelaki itu, mengaku sudah berkawan sejak kecil dengan dua beradik kembar tersebut. Ketiganya sempat berpacaran selama beberapa tahun, namun belum boleh membuat keputusan siapa yang akan dikahwininya.
Winchaou tidak ingin menyakiti salah adik beradik kembar tersebut dan akhirnya memutuskan untuk menikahi keduanya sekaligus dalam satu majlis perkahwinan. Si kembar pun mengaku merasa sangat bahagia dengan keputusan yang dibuat oleh Winchaou.
Bagi gadis kembar tersebut berkahwin dengan Winchaou adalah impian sejak masih kecil. Awalnya keluarga sempat merasa pelik dan janggal, namun si lelaki mampu meyakinkan ibu bapa si kembar.
Pengantin unik itu berkahwin di tahun 2011 lalu apabila usia Winchaou 24 tahun dan si kembar 22 tahun. Selepas berkahwin gadis kembar yang bernama Sirintara dan Thipawan itu berkongsi masa untuk boleh tidur bersama suami.
Mereka mendapatkan bilik yang berbeza. Setiap Isnin hingga Rabu, Winchaou akan tidur di bilik Thipawan dan Khamis hingga Sabtu berpindah ke bilik Sirintara. Hari minggu, ketiganya tidur bersama di satu tempat tidur. Hingga kini keluarga mereka nampak bahagia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment