Sunday 19 March 2017

Filled Under:

Kerana Perut Baru Dapat Suami.



Seorang wanita berasal dari  Texas bernama Gayla Neufeld ini benar-benar punyai cara tersendiri untuk menarik perhatian lelaki. Jika biasanya para gadis ingin menggoda kaum lelaki dengan badan seksi dan langsing, maka hal sebaliknya yang dilakukan wanita 52 tahun itu.

Gayla mendapatkan cinta suami barunya dengan aset perut selebar 2.4 meter. Berat seluruh tubuhnya mencapai 254 kg, sedangkan berat perutnya sahaja 177 kg. Ini kerana Gayla memang lahir dengan gen gemuk yang membuat seluruh perempuan dalam keluarganya "besar" dari generasi ke generasi.



 "Wanita dalam keluargaku selalu mengalami kenaikan berat badan di sekitar perut, terutama selepas mempunyai anak," katanya. "Ibu saya gemuk dan adik kesayanganku juga gemuk, seperti datuk-nenek saya, dan nenek moyang."

Kecantikan dari perut besar Gayla dilihat seksi. Bahkan Gayla mengaku dirinya sempat dipikat oleh doktor, peguam dan ahli bina badan.

"Mereka kata perut saya adalah perut yang sempurna. Mereka mengatakan perutku tidak ada bekas luka dan mereka mencintai bentuknya yang tunggal," cerita Gayla. "Beberapa wanita yang lebih besar mempunyai 'belut' double-layer tapi aku hanya punya satu yang benar-benar menarik bagi banyak orang."




Namun kepercayaan diri itu tidak datang sejak awal pada Gayla. Masa kecil dia sempat merasa tertekan dengan bentuk tubuhnya dan sempat berunding ke doktor untuk mengurangkan berat badan.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers